ikon Ni no Kuni: Cross Worlds

Ni no Kuni: Cross Worlds

PercumaVersi 6.02
3.5(1)2024-07-01
Permainan Dipercayai
Versi sebelumnya

Ciri utama Ni no Kuni: Cross Worlds

Matlamat Permainan:

Ni no Kuni: Cross Worlds ialah permainan dunia terbuka di mana anda boleh jalani pengembaran menakjubkan dengan bermain sebagai salah satu watak yang ada di dalam permainan ini. Terdapat banyak misi menarik setiap hari seperti melawan bos, mengumpul peliharaan yang dipanggil 'familiar', menyertai clan dan banyak lagi. Selain itu, sepanjang permainan anda akan ditemani watak comel yang bernama Cluu!

Cara Bermain:

Pilih watak yang anda ingin mainkan sebelum memulakan pengembaraan. Anda ada 5 pilihan watak iaitu Engineer, Destroyer, Swordsman, Witch, dan Rogue. Kemudian, selesaikan misi harian dan mingguan untuk dapatkan ganjaran yang berupa item yang boleh digunakan untuk naik taraf watak. Sertai clan untuk dapatkan lebih banyak ganjaran dan bermain bersama pemain lain. 

Pilihan Permainan:

Pemain boleh pilih daripada lima watak untuk dimainkan: Engineer, Destroyer, Swordsman, Witch dan Rogue.

Grafik:

Grafiknya dibuat dengan sangat baik dan persekitaran serta watak direka dengan terperinci dan berwarna warni.

Bunyi:

Kesan bunyi dan runut bunyi yang menyenangkan serta menggambarkan suasana di alam fantasi.

Kawalan:

Untuk bermain, anda hanya perlu seret jari untuk gerakkan watak dan ketik butang tersedia pada antara muka untuk menggunakan kebolehan atau berlawan dengan musuh.

Bahasa:

Tersedia dalam berbilang bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Korea dan Portugis.

Saiz:

7 MB

Sistem Operasi:

Android

Pembangun:

Harga:

Percuma

Muat turun pilihan:

Penerangan pembangun

Adakah anda menyukai Ni no Kuni: Cross Worlds?

1 Undi / 1 Suka

Positif

Permainan percuma.
Banyak misi untuk diselesaikan.
Grafik yang menakjubkan.
Dioptimumkan untuk peranti sederhana.

Negatif

Ada ciri pembelian dalam aplikasi.
Perlu sambungan internet untuk bermain. 

Panduan Berguna

Sertai clan untuk dapatkan kelebihan seperti buff tambahan untuk watak anda.
Pastikan anda selesaikan misi utama kerana ia sangat penting untuk tambah xp anda.
Sentiasa naik taraf watak anda supaya anda menjadi lebih kuat.