ikon Adobe Acrobat Reader untuk PDF

Adobe Acrobat Reader untuk PDF

PercumaVersi 24.5.1.33730
4.6(64)2024-06-26
Aplikasi Dipercayai
Versi sebelumnya

Ciri utama Adobe Acrobat Reader untuk PDF

Perihalan aplikasi:

Sama cekap dan berfungsi seperti versi PC, aplikasi Adobe Reader ialah alternatif sempurna untuk sesiapa sahaja yang perlu akses, tandatangan atau isi dokumen PDF daripada e-mel, laman web atau aplikasi perkongsian lain seperti Goole Drive terus pada peranti Android.

Fungsi:

Aplikasi ini berfungsi seperti versi PC. Antara ciri yang ditawarkan adalah, buka dan lihat dokumen PDF, besarkan atau kecilkan dokumen, pilih mod menatal halaman (tunggal atau berterusan), tambah komen, kongsi atau bekerjasama pada dokumen yang dikongsi pengguna. dsb.

Aktiviti:

Selain boleh tandatangan dan isi dokumen dengan cepat dari peranti Android dan tukar PDF kepada Excel atau Word, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk lihat dokumen yang diimbas oleh Adobe Scan.

Cara menggunakannya:

Selepas pasang aplikasi, anda perlu membuat akaun. Kemudian pilih sahaja dokumen PDF yang anda ingin lihat dan hanya klik pada alatan yang tersedia di menu bawah dan atas untuk tambah tandatangan, teks atau tag.

Bahasa:

Tersedia dalam 48 bahasa, termasuk bahasa Malaysia, Inggeris dan Indonesia.

Cadangan:

Sesuai untuk sesiapa sahaja yang sering gunakan dokumen PDF dalam kehidupan seharian. Aplikasi boleh digunakan oleh semua peringkat umur.

Platform:

Google Play, iOS Store.

Saiz:

591 MB

Sistem Operasi:

Android

Pembangun:

Harga:

Percuma

Muat turun pilihan:

Penerangan pembangun

Adakah anda menyukai Adobe Acrobat Reader untuk PDF?

26 Undi / 26 Suka

Positif

Guna sedikit sumber Android.
Boleh salin bahagian teks, tambah ulasan dan penanda.
Menawarkan beberapa alat untuk berinteraksi dengan teks.
Boleh suaikan fail dengan saiz skrin peranti mudah alih.
Antara muka yang bersih dan tersusun.

Negatif

Ciri dalam versi percuma terhad.