Sakuku ialah aplikasi perbankan yang dibangunakan oleh PT Bank Central Asia Tbk (BCA) untuk para pelanggannya. Antara perkhidmatan yang tersedia adalah pemindahan wang, tambah nilai kredit dan pembayaran bil.
Membolehkan pengguna buat pindahan wang, bayar bil serta tambah nilai kredit telefon mereka atau orang lain menggunakan nombor telefon.
Anda perlu mempunyai akaun dengan PT Bank Central Asia Tbk (BCA) dan log masuk menggunakan kelayakkan yang sedia ada. Setelah log masuk, anda boleh mula akses akaun anda untuk semak baki, bayar bil, tambah nilai dan buat pindahan wang kepada orang lain. Semuanya boleh dilakukan dengan memilih menu yang telah tersedia dalam aplikasi.
Menu tersedia di bahagian bawah skrin peranti dan hanya memerlukan ketikan mudah.
Tersedia dalam bahasa Indonesia.
Untuk pelanggan PT Bank Central Asia Tbk (BCA).