ikon X-VPN - Private Browser VPN

X-VPN - Private Browser VPN

PercumaVersi 203.4
4.3(5)2024-07-01
Aplikasi Dipercayai
Versi sebelumnya

Ciri utama X-VPN - Private Browser VPN

Perihalan aplikasi:

Aplikasi berkuasa ini menggabungkan VPN dan pelayar peribadi untuk anda melayari internet dengan lebih selamat dan terjamin. Ia menggunakan ciri keselamatan yang mampu menghalang pihak ketiga daripada menjejak aktiviti anda. 

Fungsi:

Menyediakan pelayar peribadi tanpa sejarah pelayaran, menyembunyikan alamat ip supaya tak dapat dijejaki, membolehkan anda layari laman web yang disekat di negara anda, sambungan yang pantas  dan terjamin, ada ciri "kill switch", tak merekodkan sebarang aktiviti dalam talian anda dan banyak lagi.

Cara menggunakannya:

Setelah pasang aplikasi pada Android anda dan bersetuju dengan dasar privasinya, anda boleh pilih lokasi pelayan yang anda inginkan dan menyambungnya untuk mula melayari internet. Selain itu anda juga boleh buat tetapan untuk ciri Kill Switch, Double VPN dan pelayan RAM Sahaja bagi meningkatkan pengalaman penggunaan anda.

Kawalan:

Hanya lakukan sentuhan mudah seperti ketikan pada antara muka untuk menggunakannya. 

Bahasa:

Tersedia dalam 10 bahasa : Bahasa Inggeris, Arab, Portugis, Rusia, Sepanyol, Hindi, Perancis, Benggali, Azerbaijan dan Parsi. 

Cadangan:

Untuk mereka yang inginkan lebih privasi semasa melayari internet. 

Saiz:

39 MB

Sistem Operasi:

Android

Harga:

Percuma

Muat turun pilihan:

Soalan lazim

Apakah keperluan minimum untuk memuat turun X-VPN - Private Browser VPN pada Android?

Anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 36 MB ruang memori kosong dan Android 4.0.3 atau lebih tinggi.

Apakah alternatif untuk X-VPN - Private Browser VPN?

Anda boleh mencuba beberapa aplikasi berikut: NordVPN – fast VPN for privacy, Avast SecureLine VPN & Privacy, Unblock Websites - VPN by uVPN, Browsec: Fast Secure VPN Proxy, Brave Private Web Browser, VPN dan VPN PotatoVPN - WiFi Proxy.

Adakah X-VPN - Private Browser VPN selamat untuk digunakan?

X-VPN - Private Browser VPN dianggap selamat untuk digunakan oleh penggunanya kerana mempunyai ciri keselamatan dan pelayar peribadi yang menghalang pihak ketiga daripada menjejaki sejarah pelayaran anda. Namun, anda disyorkan supaya berhati-hati semasa menggunakan sebarang perkhidmatan VPN.

Adakah sebarang kod untuk menggunakan X-VPN - Private Browser VPN?

X-VPN - Private Browser VPN tersedia untuk dimuat turun dan digunakan secara percuma. Namun, perkhidmatan ini turut menyediakan pembelian dalam aplikasi untuk ciri lanjutan seperti pilihan pelayan.

Adakah X-VPN - Private Browser VPN mengandungi iklan?

Ya, X-VPN - Private Browser VPN mengandungi iklan dalam aplikasinya. Ia adalah salah satu cara pembangun menjana keuntungan untuk terus menyediakan perkhidmatannya secara percuma.

Penerangan pembangun

Adakah anda menyukai X-VPN - Private Browser VPN?

4 Undi / 3 Suka

Positif

Memenuhi apa yang dijanjikan.
Sangat ringan.
Antara muka intuitif.
Mudah untuk digunakan.

Negatif

Hanya tersedia dalam bahasa Inggeris.
Versi percuma menawarkan ciri terhad.
Ada iklan.

Panduan Berguna

Gunakan pelayar peribadi yang terbina dalam untuk meningkatkan lagi keselamatan semasa anda melayari internet dengan VPN ini.